Friday, June 19, 2009

Bardukacita Tidak Membawa Sebarang Manfaat

Bersedih hati itu tidak mendatangkan manfaat, justeru itu ia dilarang dalam agama sebagaimana dalam firman Allah s.w.t, ertinya:

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu).”

Surah Ali Imran ayat 139

“Janganlah kamu berdukacita.”

“Janganlah kamu berdukacita sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.”

Surah At-Taubah ayat 40

Berkenaan dengan firman Allah s.w.t yang menunjukkan bahawa kedudukan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat ialah:

“Nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”

Surah Al-Baqarah ayat 38